Berita & kenyataan media
10 kenyataan rasmi daripada KEADILAN Cabang Kepala Batas.
Kenyataan MediaHENTIKAN POLITIK MURAHAN ATAS KES TRAGEDI ZARA QAIRINA
13 Ogos 2025 | Rabu Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang mempolitikkan tragedi pemergian adik Zara Qairina demi meraih keuntungan politik sempit. Keselamatan dan nyawa seorang murid adalah isu yang terlalu besar untuk dijadikan bahan serangan politik, apatah lagi terhadap YB Menteri Pendidikan yang sejak awal telah mengambil tindakan segera. Pada 16 Julai 2025…
Kenyataan MediaISU PEMASANGAN JALUR GEMILANG SECARA SALAH: KEPERLUAN HUKUMAN KOMPAUN BAGI ELAK BERULANG
9 Ogos 2025 | Sabtu Saya merujuk kepada insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik yang berlaku di Kepala Batas pada hari ini, melibatkan seorang pemilik kedai perkakasan, Feng Jin Zhen, di hadapan premis perniagaannya di Pusat Perniagaan Taman Bertam Permata. Saya berharap tindakan tersebut bukanlah disengajakan. Saya berpandangan, bagi kes yang berlaku akibat kecuaian atau…
Kenyataan MediaKENYATAAN MEDIA MESYUARAT JAWATANKUASA KEADILAN CABANG KEPALA BATAS – Bil. 3
Tarikh: 26 Julai 2025 Mesyuarat Jawatankuasa Cabang KEADILAN Kepala Batas Bil. 3/2025 telah diadakan pada26 Julai 2025 dan dipengerusikan oleh Ketua Cabang, Sdr. Zainuddin Mohamed.Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara penting yang menyentuh tentangkesiapsiagaan organisasi parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yangsemakin hampir. Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Cabang memaklumkan tentang peletakan jawatan Sdr.Mohd…
Kenyataan MediaMenyikapi Kenyataan Media YB Rafizi Ramli Berhubung Isu Perlantikan Ketua Hakim Negara: Prinsip, Kesan Dan Disiplin Parti
Saya mengambil maklum kenyataan media oleh YB Rafizi Ramli pada 7 Julai 2025 berkenaan isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Sebagai pimpinan dan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), kenyataan tersebut membawa implikasi besar bukan sahaja terhadap persepsi awam terhadap institusi kehakiman, tetapi juga terhadap kestabilan politik parti…
TerkiniTakziah Buat Keluarga Mohd Fairus bin Mazlan
KEADILAN Cabang Kepala Batas ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada saudara Mohd Fairus bin Mazlan, Setiausaha Pengelola Cabang, atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Mazlan bin Rossli, yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 Julai 2025 bersamaan 8 Muharam 1447H. Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya…
TerkiniTakziah Buat Keluarga Allahyarham Zahari Bin Abdullah
KEADILAN Cabang Kepala Batas merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Zahari bin Abdullah, anggota Ranting KEADILAN Padang Benggali dan juga ahli Jawatan Kuasa MPKK Padang Benggali, yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 Julai 2025 bersamaan 8 Muharam 1447H. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat komuniti setempat, khususnya dalam…
TerkiniUcapan Takziah Atas Pemergian Bonda Dato’ Seri Ahmad Zakiyuddin
Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas, Zainuddin Mohamed, merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Haji Abdul Rahman, mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap mantan Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas, atas pemergian bonda tercinta ke rahmatullah. Beliau menyifatkan pemergian seorang ibu sebagai satu kehilangan besar…
Kenyataan MediaTindakan Membakar Karikatur Perdana Menteri oleh Mahasiswa UMS: Suara Harus Disertai Adab
Saya memandang serius tindakan segelintir mahasiswa yang membakar karikatur Perdana Menteri semasa perhimpunan "Gempur Rasuah Sabah 2.0" yang berlangsung di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu baru-baru ini. Kita mengiktiraf dan menghormati hak mahasiswa untuk bersuara, berhimpun dan menyatakan pandangan terhadap isu-isu semasa termasuk tuntutan reformasi institusi serta isu integriti di Sabah. Namun, kebebasan bersuara mesti dilaksanakan…
- Terkini
Tiga Anggota KEADILAN Cabang Kepala Batas Dilantik Sebagai Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga anggota KEADILAN Cabang Kepala Batas, iaitu Zakir Abdul Syafiq bin Zulkiflee, Valaitham A/L Subramanian, dan Siti Nor Aishah binti Ali atas pelantikan mereka sebagai Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kepala Batas bagi sesi 2025–2027. Ahli Panel Penasihat ini memainkan peranan penting sebagai jambatan antara komuniti setempat dan pihak klinik dalam…
Kenyataan MediaKENYATAAN MEDIA FITNAH IBADAH HAJI NURUL IZZAH WAJAR DIKECAM
KENYATAAN MEDIAFITNAH IBADAH HAJI NURUL IZZAH WAJAR DIKECAM 11 Jun 2025 | Rabu Saya, selaku Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas, mengecam dengan sekeras-kerasnya penyebaran fitnah dan tohmahan jahat terhadap Nurul Izzah Anwar berhubung pelaksanaan ibadah Haji beliau dan suami baru-baru ini. Tuduhan kononnya beliau menggunakan jet peribadi dan kemudahan mewah yang ditaja adalah satu fitnah…
Tiada kenyataan dalam kategori ini.